Wednesday, October 26, 2011

Apa kata hati? # 9

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera! :D

Apa kata hati hari ini?

Hati tergerak hati untuk pergi ke you tube. Saja untuk meluangkan masa. Tiba-tiba ternampak satu video. Hati tergerak untuk menonton video tersebut. Video ini membuatkan saya sedih. Sebahagian cerita dalam video seperti apa yang terjadi dalam cerita kisah hidupku. Sangat terkesan di lubuk hati.



Sekian.

Tuesday, October 25, 2011

Apa kata hati? # 8

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua! :D

Apa khabar hari ini? Huhu. Baik-baik sahaja. Baru lah jiwa ni rasa tenang sikit selepas mengalami sedikit tekanan. Itula, siapa suruh tidak membuat persediaan awak kan? Nasib badan la. Tetapi rasa sangat menyesal kerana tidak membuat persediaan awal. Itula, bak kata orang PENYESALAN SELALU DATANG DI AKHIR CERITA. Kenapa? Satu persoalan yang masih tak terjawab oleh saya. Jika sesiapa ada pandangan boleh kongsikan bersama saya. :)

Apa kata hati hari ini?

Hmm, tidak tahu la mengapa, hati ini rasa sayu bila ada yang mengatakan subjek deeniyah (agama) itu tak penting. Wahai rakan sekalian, ketahuilah bahawa subjek deeniyah itu sangat penting. Bersyukurlah sekolah kita ada mengajar subjek deeniyah. Ada anda semua belajar agama di luar jika pihak sekolah tidak menyediakan subjek deeniyah? Beruntunglah anda semua kerana di sekolah luar tidak ada perkara seperti ini. Dengan subjek deeniyah inilah kita lebih dapat mendalami ilmu agama. Peperiksaan agama di sekolah itu hendak menguji pengetahuan agama kita, janganlah sampai kata subjek agama itu tidak penting. Kita kena la seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jika tidak kita, siapa lagi? Siapa yang hendak menegakkan agama ISLAM jika tidak kita? Memang la subjek SPM itu penting tetapi janganlah sampai kita menolak subjek agama. Janganlah anda menyesal bila dah keluar sekolah nanti. :)

Tidak ku sangka bahawa diri ini boleh terlebih jiwang pulak hari ini.HAHA. Ketika sedang berlangsung peperiksaan(dah siap buat) saya berjaya menyiapkan sebuah SAJAK. [Awesome] Sejak bila pulak saya pandai mengarang sajak ni? Haha. Tidak tahulah. Tetapi rasa macam nak hantar sajak ini dekat surat khabar.hehe. Bakat terpendam?[sama sekali tidak] Sebab apa? Sebab saya tak berminat bahasa-bahasa ni. HAHA. Tetapi tidak mengapa. Tak la best sangat. Biasa-biasa sahaja. Kisah-apa. Excited tu sebab ini kali pertama mengarang sajak. ^_^ Semoga bakat dapat dikembangkan. [cehh, perasan la tu] Baiklah, sampai disini sahaja dulu.

Sekian.

Sunday, October 23, 2011

Apa kata hati? # 7

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua! :D

Apa khabar IMAN hari ini? InsyaAllah baik-baik sahaja. :) Semoga IMAN kita sentiasa baik walaupun pada hakikatnya IMAN kita sentiasa turun dan naik. Tapi semoga kita sentiasa dapat mengawal hati kita daripada terus terjerumus turun. Sentiasa lah mohon supaya IMAN kita sentiasa teguh dan kental agar tidak terjerumus kepada perkara yang melanggar perintah Allah. Ameen. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan.
Terbaek!

Apa kata hati hari ini?

Hati rasa sangat gembira hari ini [weee!] tetapi tidak ku tahu puncanya dari mana.[hahaha!] Tidak dapat diungkap siapa yang membuat saya bahagia hari ini. [pelik] Tidak mengalah janji hati bahagia dan terhindar daripada tekanan hidup.

Hari ini tiba-tiba hati rasa nak message dia. Rindu barangkali. Tetapi akal mengatakan TIDAK. Tekad ku bulat tidak mahu menghubungi dia. Walaupun hati dan jiwa terseksa itu belakang cerita. Hari-hari aku mengharapkan dia menghubungi ku tetapi mungkin harapan saya ini hanya mimpi yang tidak akan kunjung tiba. Ya Allah kau berikanlah kekuatan untuk aku mengahdapi perkara ini. Sabar.

Dah penat, nak pergi belajar[weee!] Semoga Allah permudahkan aku untuk menjawab soalan peperiksaan FIQH, TAFSIR, KOMPUTER. Walaupun hanya subjek agama, tetapi ia tetap PENTING dan PERLU untuk dipelajari. Jangan diperlekehkan ilmu agama kerana ilmu agama sangat penting dari mengelakkan kita daripada tersesat dan tersasar jauh daripada agama. :)

Sekian.

Saturday, October 22, 2011

Apa kata hati? # 6

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua!

Apa khabar?Sihat?Sihat!Alhamdulillah!Syukur!

Apa kata hati hari ini?

Hati kata dia tidak ada perasaan untuk menulis hari ini. Otak tergendala.Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan.Haha. Main-main sahaja. Tetapi walaupun tiada perasaan untuk menulis dan mengarang, nak dengar cerita?Kisah ini mengenai ENCIK PHOTOSYNTHESIS. Ha! Bunyi seperti menarik kan?Ya, memang menarik kisah ini. Mari kita selami kisah ini.

ENCIK PHOTOSYNTHESIS ini ialah seorang pokok hijau yang menggunakan tenaga dari matahari untuk menghasilkan glukosa. ENCIK PHOTOSYNTHESIS ini terbahagi kepada dua. [Ha! terbahagi kepada dua?!] Bukan la.Maksudnya itu dia ialah pasangan kembar. Pertama nama dia LIGHT REACTION. Kedua, DARK REACTION. Sungguh indah nama mereka berdua. Mari saya perkenalkan satu demi satu.

Pertama, LIGHT REACTION atau singkatannya [LR]. LR berlaku didalam Grana dalam Chloroplast. Chlorophyll yang terdapat didalam Grana itu menangkap cahaya matahari
[hebatkan?!] dan digunakan untuk PHOTOLYSIS of WATER. [Awesome!] LR hanya ada pada waktu pagi sahaja dan untuk sarapan dia memerlukan H2O yang banyak. LR juga akan menghasilkan H atom sebagai produk.

Kedua, DARK REACTION atau nama manjanya [DR]. DR ni, memang bercita-cita hendak menjadi Doktor sejak kecil lagi. Kerana itulah nama manjanya DR. Baiklah, DR ni berlaku dalam Stroma dalam Chloroplast.[Sudah seperti alamat rumah dah]. H atom daripada LR digunakan untuk mengurangkan kadar karbon dioksida kepada basic unit glukosa. Hasil yang dikeluarkan ialah Oksigen.

Jika kita lihat daripada kisah adik beradik ini menunjukkan kita saling bergantung antara satu sama lain. Yang paling penting ialah hidup kita mesti bergantung kepada Allah bukan kepada makhluk lain. Kita juga bergantung kepada orang lain untuk kebaikan bersama. Hal ini dapat memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain. Tanpa kerjasama maka hancurlah dunia kerana manusia saling bertelagah dan berperang. Fikir-fikirkanlah :)

Sekian.

Friday, October 21, 2011

Apa kata hati? #5

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua! :D

Persoalan: Bagaimana dengan memberi salam dapat mengeratkan silaturahim?
Jawapan: Hal ini kerana apabila kita memberi salam kepada saudara se-Islam yang lain, kita telah mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Tak rasa seronok ke kalau hari-hari ada orang yang mendoakan kesejahteraan untuk kita?Tentula seronok! Jadi mari kita sama-sama MEMBERI dan MENJAWAB SALAM. Selamat beramal!:D

Apa kata hati hari ini?

Hati rasa?Entahla.Perasaan hari ini rasa bercampur-baur. Macam-macam ada. Tetapi lebih terimbau kenangan silam yang mungkin dan tidak akan berulang kembali.Kenangan hanya tinggal kenangan.

Entah kenapa hari ini rasa nak pergi beli kuih yang lembut tu. Teringat kuih itu, teringat saya pada dia. Dia yang dulu selalu mewarnai hidup saya hari-hari, teman saya sejak berada di bangku tadika lagi. Kenapa teringat kuih? Kerana saya masih ingat lagi, dulu dia suka beli kuih itu kerana kelembutannya disamping dia suka beli ROTI NAIK. Sebelum menaiki bas, kami selalu belinya bersama-sama. Hari ini rasa tergerak hati nak beli kuih itu kerana teringat akan dia. Kelakarnya, ketika hendak membeli kuih itu boleh lagi termenung.Mengimbau kenangan silam. Ketika kuih itu memasuki mulut, teringat pelbagai kisah bersama dia. Alangkah jika masa boleh diputarkan semula. Tetapi hakikatnya tidak.Allah telah mencipta dan membuat sesuatu mempunyai hikmah disebaliknya. Ketika makan kuih itu, hati tertanya-tanya, adakah dia masih suka akan kuih ini? Soalan yang mungkin tidak terjawab. Kerana manusia boleh berubah.

Tadi jawab soalan peperiksaan BIOLOGY. Soalannya boleh tahan la. Ada satu soalan tentang photosynthesis. Tengok la rajah yang diberikan, ada tulis Reaction X dan Reaction Y. Hati memang teruja menjawab tanpa membaca soalan.Terus jawab Reaction X= Light Reaction, Reaction Y= Dark Reaction. Tiba-tiba Ustzh Ain datang, dia bulat soalan. Baru tersedar, soalan meminta bahagian dalam chloroplast yang terlibat dalam Reaction X dan Y. TERSEDAR. Terima kasih USTZH AIN! Jasamu dikenang! Pengajarannya disini, kita mestilah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara, jangan gelojoh. Banyak-banyakkan bersabar ketika melakukan sesuatu. :)

*Sampaikanlah ilmu walapun sepotong ayat.

Sekian.



Thursday, October 20, 2011

Apa kata hati? #4

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua! :D

Apa khabar?Sihat?Alhamdulillah.Ingatlah semua bahawa dua nikmat yang sering manusia lupa ialah NIKMAT SIHAT dan NIKMAT MASA LAPANG. Sentiasalah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita janganlah kita riyak dan bongkak dengan nikmat tersebut kerana Allah boleh tarik nikmat itu bila-bila masa sahaja. :)

Apa kata hati hari ini?

Apa ya? Hati berkata bahawa hari ini dia rasa tertekan kerana soalan peperiksaan ADDMATH tadi sangat membunuh saya.haha! Itula kan siapa suruh tidak belajar dari awal kan sudah kena batang hidung sendiri. Tetapi tidak mengapa, semoga perkara yang berlaku ini memberi pengajaran kepada diri untuk lebih beringat pada masa akan datang. Jadikan perkara yang berlaku sebagai sempadan diri untuk menjadi lebih baik. :)

Tadi, seorang sahabat telah menceritakan tentang kisah sahabat lamaku. Saya rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Pada hakikatnya rasa seperti tidak mahu memmikirkan tentang dirinya, tetapi perkara sedemikian tidak akan berlaku! kerana saya SAYANG sahabat saya itu. Saya cuma terkilan dengan sikapnya dan layanannya terhadap saya sekarang. SEDIH. Dulu-dulu masih okey, tetapi sejak belakangan ini dia seperti sudah berubah. Asyik-asyik saya sahaja yang memulakan salam.Bukan nak kata apa, saya jadi terlebih perasaan ini kerana dia sahabat lama dan karib saya. Semakin lama, saya menjadi penat untuk mengalah. Sekarang ini saya TIDAK AKAN MENGHUBUNGINYA SEHINGGA DIA YANG MENGHUBUNGI SAYA DAHULU. Saya bukan bertindak kejam kepada dia, tetapi saya tidak mahu hati saya merana lagi.PENAT.


Sebelum mengundur diri, dibawah ini terdapat satu hadis, moga dapat diambil pengajaran! ^^
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من علم من أخيه سيئة فسترها ستراالله عليه يوم القيامة.(رواه الطبراني)
maksudnya: Sabda Rasulullah s.a.w : sesiapa yang mengetahui keburukan saudaranya (seorang islam) lalu menutup keburukan tersebut, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat
Sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Apa kata hati? # 3

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera semua! :D

Apa kata hati hari ini?

Hati ini terasa senang hari ini, kerana apa? Kerana hari ini rasa sihat sedikit daripada hari-hari yang sebelumnya. Apa orang inggeris cakap, feel better. Ya! itulah dia!

Hampir lima hari jugakla perut rasa tak tenang.Berkali-kali menziarahi toilet dalam sehari.Sedikit sebanyak menjejaskan proses pembelajaranku untuk peperiksaan akhir tahun. Tetapi saya anggap perkara ini ujian daripada Allah kerana Allah tidak membebankan seseorang dengan ujian yang tidak dapat ditanggungnya. Betul tidak?

Tetapi disebalik kesakitan ini, satu perkara yang sangat bermakna kepada diriku bahawa Allah telah menunjukkan kepada saya baha Dia Maha Berkuasa.Memang Allah Maha Berkuasa, Dia boleh melakukan apa sahaja yang dia kehendaki. Tetapi benda yang jadi ini menunjukkan bahawa Allah lah tempat kita bergantung bukan kepada makhluk lain.

Kisahnya tersebut, pada suatu hari, saya sudah tidak tahan kerana hari-hari perlu ke toilet banyak kali.Jadi saya mengambil kesimpulan saya hendak minum air zamzam. Kemudian Allah telah mengilhamkan saya untuk mencari buku doa yang mama beli dahulukala. Saya pun mencari-cari doa untuk sembuhkan pelbagai penyakit.*mencari sambil menahan sakit perut. Akhirnya jumpa! Kemudian, saya membaca doa tersebut dengan penuh perasaa dan yakin! sebanyak dua kali. Alhamdulillah selepas itu sakit perut saya beransur-ansur baik. Tiba-tiba saya terbaca boleh dibaca doa ini untuk minuman pesakit. Saya terus mengambil cawan dan meletakkan air dan membaca doa tersebut kepada air tersebut. Alhamdulillah dengan bantuan dan izin Allah, sakit perut saya semakin baik.

Sepanjat tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi!
Terima kasih Ya Allah!

Pengajarannya
Hanya kepada Allah la tempat kita bergantung!
~BerilmuBerimanBeramal~

Sekian.


Tuesday, October 18, 2011

Apa kata hati? #2

Assalamualaikum
dan
Salam 1Malaysia! xD

Apa khabarkah IMAN kita hari ini?
Alhamdulillah sihat. ^^

Apa kata hati?

Hari ini saya berdiskusi dengan boss saya, Cik Maisarah berkenaan dengan peserta PRINT.
(bukan PRINT kertas ya, Tetapi PRINT-perkhemahan antarabangsa).
Cik telah menawarkan saya sebagai salah seorang peserta daripada Form 4. Hati ini nak sangat mengikuti program PRINT ini. Biasalakan, orang minat KRS memang bergitu.

Tetapi apakah daya, terdapat beberapa masalah yang tidak membolehkan saya menyertainya. Sangat sedih dan terkilan terasa di hati.huhu. Namun apakah daya, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan.Sudah hendak dibuat bagaimana lagi.

Masalah-masalah adalah seperti berikut:

1. Saya tidak ada transport untuk balik jika ada latihan selepas sesi persekolahan.Hal ini kerana tiada kenderaan untuk pulang ke rumah.Ibu dan ayah saya pergi ke haji.Jadi tiada sesiapa untuk ditumpang. Ada cadangan untuk saya menumpang guru. Boleh tu boleh rasanya, tetapi malu la kan kalau tiap-tiap kalai ada latihan nak tumpang guru.
2. Form 4 yang ada itu salah satunya, nak kata musuh bukan musuh tetapi kalau bertembung mesti gaduh.MESTI. Jadi untuk mengelakkan pergaduhan ketika disana, saya mengundurkan diri dahulu. Tidak mahu berlaku sebarang perselisihan faham. :) baik tak saya?

Tetapi tidak mengapalah, setiap yang berlaku MESTI ada hikmahnya :)
Allah itu Maha Berkuasa, apa-apa perkara sahaja boleh berlaku selepas ini :)

Sekian.

Monday, October 17, 2011

UNIC - Langkah Tercipta


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Saya tidak tahu mengapa,lagu ini sangat menusuk ke dalam kalbu saya. Seperti sudah menjadi lagu tema untuk diri sendiri. Sangat memberi makna yang sangat besar kepada diri ini. ^^

Sunday, October 16, 2011

Apa kata hati? #1

Assalamualaikum
dan
Salam 1 Malaysia! xD

Apa kata HATI?

Hati ini mengatakan bahawa dia sudah tawar dan semakin lama perasaan sayang itu seperti makin jauh meninggalkan hati. Berlari seperti lajunya kereta api peluru dekat jepun tu. Saya ingatkan selepas peristiwa itu, hubungan kami bertambah erat, dekat. Tetapi seperti sama seperti dahulukala. Adakah dulu itu salah ku seratus peratus sehingga semua orang seperti menyalahkan aku seratus peratus. Hingga pada waktu itu aku rasa sangat pilu.

Selepas peristiwa itu, aku mula bersangka baik dengan dia. Tetapi lama kelamaan, bukan tidak bersangka baik. Tetapi menjadi makin sedih, saya ingatkan kami akan selalu menghubungi antara satu sama lain.Tetapi hampir tiap-tiap kali aku sahaja yang menghubunginya. Selepas daripada itu aku senyap kerana apa? Kerana aku sahaja menunggu message atau panggilan daripada dia. Saya sahaja mahu melakukan sedemikian kerana hati ini sudah tidak ada perasaan, TAWAR. Hari-hari aku menunggu panggilan daripada dia, tetapi apa ku dapat? TIDAK ADA. Kalau aku memberinya message hanya bertahan untuk paling-paling 4-5 roun sahaja.Dan selepas itu, HABIS. Tidak ada lagi cerita-cerita seperti dahulu. Bagaimana aku hendak bercerita dengannya, kalau ketika hendak bercerita itu mesti dia yang mula mengundurkan diri dahulu. Dan kali ini aku bertekad, aku tidak mahu message dia sehingga dia yang mulakan dahulu.

Tahukah dia, pada hakikatnya saya sangat cemburu bila dia berjalan dengan orang lain pada hari itu. Sebagai kawan yang baik saya memberinya peluang untuk bersama dengan orang lain. Biarlah tiada masamu buatku. Aku redha.

Mungkin sesiapa yang baca merasakan aku KEJAM, JAHAT. Tetapi untuk pengetahuan sekalian, dia merupakan sahabat aku paling lama sekali! Aku sangat merinduinya, tetapi adakah dia juga merindui ku? Dan saya sangat terasa hati. Mungkin bagi dia seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Selepas ini, kalau kami berjumpa lagi, tiada sesiapa yang boleh menyalahkan aku jika aku SENYAP, tidak menegurnya atau apa-apa. Saya dah banyak memberinya peluang, mungkin dia tidak sedar. Tetapi tidak mengapala. Setiap PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN.

Mungkin ini lah cara PERPISAHAN kami. Aku redha ya Allah.

*Luahan hati seorang sahabat yang sangat merindui sahabatnya. :)

Apakah tindakan kita?

Pada suatu hari, seorang sahabat telah datang kepadaku dan dia bertanya

"Wan, apa tindakan anti kalau seseorang tu suka berbohong dengan anti? "

Saat itu, saya terkedu. Aku memikirkan bagaimana aku hendak menjawab pertanyaan sedemikian. Soalannya sangat susah.Lagi susah daripada menjawab soalan peperiksaan setara akhir tahun. Jawapan yang perlu dijawab dengan se-hikmah mungkin kerana aku menjawab soalan orang yang terluka. Sahabat sendiri tergamak menipunya, bukan sekali tetapi berkali-kali.

Apa tindakan saya?

Pertamanya, siapa yang tak marah jikalau ada orang yang tergamak menipunya.Lagi-lagi sahabat sendiri. Guru pun jika kita menipu mereka, mereka akan marah. Begitu jugak saya. Mungkin, rasanya bukan mungkin lagi. Memang aku akan marah. Tetapi kalau sudah berkali-kali, kita sendiri sudah lali dengan perkara tersebut.Dan saya tidak akan memikirkannya lagi, biarlah dia. apa yang kita boleh buat adalah memberi nasihat.

Keduanya, saya akan layan dan mendengar sahaja kata-katanya tetapi mungkin susah sekali untuk mempercayainya. Dan sudah tidak ada lagi kepercayaan daripada diriku terhadapnya. Sebagai kawan, saya akan tetap berkata-kata dengan dia tetpi untuk mempercayainya TIDAK sama sekali.

Ketiga, saya mungkin akan berusaha mencari bukti untuk mempercayai kata-katanya. Tapi kadang-kadang bukti susah untuk dicari dan pada ketika itu tidak ada apa-apa untuk dilakukan melainkan berkawan sahaja dengan dia dan memberi kata-kata nasihat untuk dirinya. Hal ini demikian supaya di akhirat nanti kita tidak ditanya mengapa kita tak berusaha untuk menariknya?

Kita ni sebagai sahabat yang baik, berdoalah kepada Yang Maha Esa agar diberikan hidayah kepada dia sebelum ajal datang. Hidayah itu milik Allah, kita tidak ada kuasa untuk memberikan hidayah kepada sesiapa pun melainkan hanya memberi nasihat. Yang hanya boleh memberi hidayah itu ialah Allah S.W.T.

"Ya Allah, kau berikanlah hidayah kepada si dia agar dia tidak mengulangi kesilapannya ya Allah. Kau bimbinglah dia ke arah kebenaran ya Allah."

Usaha+Doa+Tawakal