Friday, October 21, 2011

Apa kata hati? #5

Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua! :D

Persoalan: Bagaimana dengan memberi salam dapat mengeratkan silaturahim?
Jawapan: Hal ini kerana apabila kita memberi salam kepada saudara se-Islam yang lain, kita telah mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Tak rasa seronok ke kalau hari-hari ada orang yang mendoakan kesejahteraan untuk kita?Tentula seronok! Jadi mari kita sama-sama MEMBERI dan MENJAWAB SALAM. Selamat beramal!:D

Apa kata hati hari ini?

Hati rasa?Entahla.Perasaan hari ini rasa bercampur-baur. Macam-macam ada. Tetapi lebih terimbau kenangan silam yang mungkin dan tidak akan berulang kembali.Kenangan hanya tinggal kenangan.

Entah kenapa hari ini rasa nak pergi beli kuih yang lembut tu. Teringat kuih itu, teringat saya pada dia. Dia yang dulu selalu mewarnai hidup saya hari-hari, teman saya sejak berada di bangku tadika lagi. Kenapa teringat kuih? Kerana saya masih ingat lagi, dulu dia suka beli kuih itu kerana kelembutannya disamping dia suka beli ROTI NAIK. Sebelum menaiki bas, kami selalu belinya bersama-sama. Hari ini rasa tergerak hati nak beli kuih itu kerana teringat akan dia. Kelakarnya, ketika hendak membeli kuih itu boleh lagi termenung.Mengimbau kenangan silam. Ketika kuih itu memasuki mulut, teringat pelbagai kisah bersama dia. Alangkah jika masa boleh diputarkan semula. Tetapi hakikatnya tidak.Allah telah mencipta dan membuat sesuatu mempunyai hikmah disebaliknya. Ketika makan kuih itu, hati tertanya-tanya, adakah dia masih suka akan kuih ini? Soalan yang mungkin tidak terjawab. Kerana manusia boleh berubah.

Tadi jawab soalan peperiksaan BIOLOGY. Soalannya boleh tahan la. Ada satu soalan tentang photosynthesis. Tengok la rajah yang diberikan, ada tulis Reaction X dan Reaction Y. Hati memang teruja menjawab tanpa membaca soalan.Terus jawab Reaction X= Light Reaction, Reaction Y= Dark Reaction. Tiba-tiba Ustzh Ain datang, dia bulat soalan. Baru tersedar, soalan meminta bahagian dalam chloroplast yang terlibat dalam Reaction X dan Y. TERSEDAR. Terima kasih USTZH AIN! Jasamu dikenang! Pengajarannya disini, kita mestilah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara, jangan gelojoh. Banyak-banyakkan bersabar ketika melakukan sesuatu. :)

*Sampaikanlah ilmu walapun sepotong ayat.

Sekian.



No comments: