Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera! :D
Selamat Petang dan Salam satu Malaysia. haha. Disini saya ada membuat sajak khas untuk Teman, Kawan dan Sahabat yang telah hadir ke dalam hidup saya selama 18 tahun 3 Bulan ini yang bertajuk SAHABAT SEPERJUANGAN. Saya dedikasi khas sajak ini untuk semua sahabat saya yang saya kasihi,sayangi dan cintai. Mohon tak muntah pelangi disini. :)
Apa Kata Hati?
Apa Kata Hati?
Sahabat
Kau menemaniku dikala ku gembira
sedih, kecewa
dan berputus asa.
Kau hadir memberi semangat
kata-kata nasihat
dan pedoman buat diriku
yang lemah ini.
Sahabat
Adakalanya aku membuatkan kau sedih
kecewa dan marah
Sejujurnya kadang
Aku tak terniat untuk
memperlakukan kau sedemikian
Disini aku memohon kemaafan kepadamu
Andai selama ini
Aku telah menyakitimu dengan
perbuatan dan kata-kataku
Ketahuilah aku menyesal akan segala
kelakuanku.
Sahabat
Selepas ini
Kita akan mengambil haluan masing-masing
ku harap
persahabatan yang terjalin ini
Tidak terhenti begitu sahaja
Tanpa khabar berita.
Sahabat
Jika ku kealpaan
Kau nasihatilah diriku
Kau perbetulkanlah salahku
Kau tegurlah diriku
Agar aku tak tersasar jauh
Dari jalan-Nya.
Sahabat
Terima kasih tak terhingga
Ku ucapkan kepadamu
Kerana setia disisi
Menemaniku tuk menempuhi
Liku-liku kehidupan
Walaupun ku banyak
kekurangan diri.
Terima Kasih Sahabat.
#Ini hanyalah satu poem yang simple, not to good because i'm not "orang bahasa". Haha. Inilah sedikit sebanyak yang mampu dilakukan. Nak ayat power-power budakn dari saya la yang penting. Hope all of you enjoy it walaupun tak berapa best. haha.
Sekian
TerimaKasih
Salam Ukhuwah Dari Saya <3 p="">3>
Sebarkanlah Kasih Sayang!
~UHIBBUKIFILLAH ABADAN ABADA~
*HAK CIPTA TERPELIHARA*