Wednesday, May 1, 2013

Apa Kata Hati? #13

Assalamualaikum 
Dan
Selamat Sejahtera! :D

Hai semua! Macam mana hari ini? Okey atau tidak? Ceria ke tidak? Ceria? Ha! bagus-bagus. Kita kena la mulakan hari kita dengan ceria dan positif supaya apa yang kita lakukan semuanya lancar, tenang dan gembira! Itu sangat penting. Kalau dah pagi-pagi kita bermasam muka, tertekan fikirkan masalah memang semua akan jadi tak kena. Betul tak? Jangan risau, setiap masalah PASTI ada jalan penyelesaiannya. Kena la berusaha fikir jalan penyelesaian disamping berdoa memohon pertolongan Allah supaya masalah yang dihadapi itu cepat selesai. Kalau kita bermasalah, tertakan pun, yang penting SENYUM insyaaAllah sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Serius tak tipu. Tak percaya? Tak percaya tidak mengapa. Cuba la try sendiri. Hehe. 

Ha, tengok kambing pun pandai senyum tau? :D

Apa Kata Hati Hari ini?

Semalam tiba-tiba terlintas di fikiran saya satu perkara yang kita semua dah belajar sejak kita tadika lagi sehingga kita dewasa tetapi kurang untuk kita amalkan. Cuba Teka. Jawapannya ialah DOA HARIAN.Waktu kecik dahulukala kita bersemangat belajar, amalkan tetapi bila makin besar makin kurang kita amalkan doa-doa ni. Ye dak? Kalau yang masih amalkan tu bagus, tabik salute kat hampa semua! Tetapi itulah pemerhatian yang saya lakukan terhadap diri saya sendiri dan orang-orang disekeliling saya. 

"Hei, buat apa nak doa, baca bismillah cukupla." Eh, helllooo.. doa-doa tu semua secara tak langsung sebenarnya kita doakan diri kita sendiri tau? Memang tak nak doakan diri sendiri? Memang la boleh baca bismillah sahaja tetapi nak pahala lebih tak? Tak nak sudah.

Pada hakikatnya, doa-doa ni semua senang jek. Pendek-pendek belaka. Mesti cun kan kalau kita buat sesuatu perkara kita mulakan dengan doa dan bismillah? "Cun kebendanya?" OK. Tak cun eh? tidak mengapala. Sebenarnya doa-doa tu dah ada kat long term memori kita dah. Tinggal nak dikorek balik sahaja. Sudah tentu ingat punya! Betul! Ini pengalaman saya sendiri. Hehe.

Baiklah, mari kita ingat balik doa-doa simple yang kita sering lupa nak baca. (Ok, bukan kita la, tapi saya kalau anda bukan tergolong ). Doa makan, doa lepas makan (Kita kalau lepas makan kadang-kadang kita lupa baca doakan tapi kita sebut alhamdulillah. betul tak? Tak salahkan terus sambung baca doa lepas makan? Alhamdulillahilazi.... ) , doa masuk tandas (Ni lagi, orang biasanya pakat terus masuk sahaja lagi-lagi kalau emergency case, bismillah pun lupa. hehe) , doa keluar tandas, doa tidur (ni kalau dah ngantuk tahap petala kelapan memang tak baca kan? haha), doa bangun tidur ( ni pulak, kita bangun kita menggeliat dulu and terus bangun amik wudhuk untuk subuh), doa pakai baju, doa tanggal baju, doa belajar, doa lupa baca bismillah (Bismillahi awaluhu wa akhiruhu), doa msuk masjid, doa keluar masjid, doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa ngadap cermin ("EH! ngadap cermin pun ada doaa?! Say whaaaatt?!" "HAHA. ada la weyhh"). Tau tak, doa ngadap cermin tu kita doa supaya akhlak kita baik dan cantik seperti muka kita ni? 

Nah, kat sini ada sedikit doa-doa harian untuk kita semua revision balik kasi fresh balik doa-doa ni dalam brain kita. :)






Ha, ini sedikit sebanyak doa-doa yang saya boleh tunjukkan buat revision bersama-sama. Nak lagi? Ha, pergi carik sendiri. Dekat buku akhlak sekolah rendah ada kan? Tak pun intenet. Maklumat dihujung jari ma sekarang. Hehehe.

Baiklah, ini sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal! :) Post ni pun saya tulis untuk ingatkan diri saya juga. Memang ter-head-shot dengan post sendiri tau? Hahahaa! Semoga kita sama-sama dapat praktis balik. hehe.

Sekian
TerimaKasih.:)
Salam Ukhuwah Daripada Saya. <3 p="">



No comments: